"Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita
dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila
seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya
didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia
sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki
yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?.
Adakah kau
mengajarnya bersolat ... ..menutup aurat?.. pengetahuan
agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi
bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang
suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di
pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum
lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg
alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut
ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana
akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka
terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman'
neraka sana.)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah
tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya
dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya
sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan
adiknya di akhirat
kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
kau
juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan
adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila
seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram
disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
..................................................
Lihatlah.....betapa
hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun
tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."
sumber : http://www.dudung.net/artikel-islami/sebab-utama-laki2-di-tarik-ke-neraka-oleh-wanita.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar